27 March 2019

AKUI SUDAH NIKAH SENYAP - AFIQ MUIZ MOHON DIBERI MASA JELASKAN


"Benar saya sudah bernikah pagi tadi (Selasa)... Selebihnya nanti saya kongsi kerana buat masa sekarang tidak sesuai," ujar pelakon Afiq Muiz yang kini selamat bergelar suami kepada aktres baharu, Pachara Apin atau nama penuhnya Pachara Emmanuel Apin, 28, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, pada pagi Selasa.





Berita pernikahan secara senyap ini disahkan sendiri oleh pelakon 'Jodoh-Jodoh Anissa' dan 'Air Mata Syurga' itu. Afiq bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan mereka buat masa ini.

Pemilik nama penuh Muhammad Afiq Muiz Aman, 27, berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Bangi, Selangor dan ia dilakukan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat sahaja.

Klik untuk gambar besar


Dalam satu majlis akad nikah, Afiq bergelar suami dengan sekali lafaz dan pihaknya menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan. Antara rakan artis yang menghadiri majlis akad nikah kedua-dua mempelai ialah pelakon Beego dan Syafie Naswip.

Menerusi akaun Instagram (IG)Story Pachara, dia telah memuatnaik fotonya serta video ketika majlis pernikahan tersebut berlangsung. Pasangan tersebut manis sedondon memakai busana berwarna krim lembut.

Sementara menerusi IG Story Syafie, dia juga dilihat turut merakam momen ketika majlis itu berlangsung. Untuk makluman, Syafie bakal menjadi adik ipar kepada Afiq apabila dia akan mengikat tali pertunangan dengan aktres Aishah Azman pada 7 April depan.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Afiq Muiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: