27 March 2019
FAZLEY: "KALAU TAK SEDAP, DIAM ATAU KRITIKAN MEMBINA BUKAN MENGHINA"
"Nak menegur dan mengkritik boleh, namun jangan sampai kita hilang adab dan sopan santun sesama bangsa. Kritikan sentiasa dibolehkan, namun biarlah membina. Makanan itu rezeki bersama, punca rezeki orang yang menjual, dan jadi rezeki orang yang membeli.
"Paling tidak hormatilah makanan yang di panggil 'rezeki' itu. Kalau tak sedap, diam atau berikan kritikan membina bukan sampai menghina dan menjatuhkan air muka seseorang. Kalau sedap maka puji lah agar lebih ramai yang datang mencuba.
"Apabila dikritik secara berhemah, saya pasti hampir setiap penjual akan cuba berusaha untuk memperbaiki makanan mereka. Setuju?" kata cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah individu yang mengkritik sebuah kedai makan sehingga menjadi tular di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri di laman Instagram (IG), Fazley menegaskan kritikan boleh dilakukan namun ia harus sesuatu yang membina supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan di masa akan datang
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fazley dan berharap orang ramai mengunakan saluran yang betul untuk menegur.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fazley Yaakob
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment