27 March 2019
MEI DEPAN - SARIMAH IBRAHIM UMUM JANTINA BAYI SULUNGNYA
Ditanya mengenai jantina bayi sulung dalam kandungannya, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 41, memberitahu yang dia juga belum membuat pemeriksaan untuk mengesan jantina bayi tersebut.
Enggan berahsia, Sarimah dan suami merancang untuk umumkan jantina bayi mereka pada majlis istiadat melenggang perut di istana pada Mei nanti.
"Kami merancang untuk umumkan jantina bayi ketika istiadat melenggang perut di istana pada Mei nanti. Istiadat ini akan disempurnakan ibu mentua, Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Almarhum Tuanku Ja'afar.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya kini hampir mencecah enam bulan dan doktor memberitahu bayi dalam kandungan juga sangat sihat.
"Saya belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi lagi kerana mahu berasakan debaran menanti berita gembira ini bersama keluarga," katanya.
Klik untuk gambar besar
Mengenai nama anak pula, Sarimah yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya itu pada Julai nanti itu berkata, dia dan suami sudah memilih senarai nama yang sesuai.
"Ia adalah senarai nama pilihan saya dan suami. Buat masa ini, kami akan merahsiakan senarai nama yang dipilih ini sehingga kelahiran anak nanti," ujarnya.
Terdahulu, Sarimah turut berkongsi gambar terbaru dengan kandungannya yang mencecah enam bulan itu di laman Instagram miliknya.
Untuk makluman, Sarimah berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, pada 2 April 2015.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sarimah Ibrahim
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment