Sekali lagi pelakon Sharnaaz Ahmad menimbulkan spekulasi kepada gosip yang bertebaran berkait dengan rumah tangganya bersama Noor Nabila apabila memuatnaik keluhan rasa diselangi alunan syahdu 'Mohon Kasih' oleh Datuk S.M Salim di laman Instagram.

Berkongsi madah emosi, "bulan yang sama, tahun yang lain, rasa yang jauh berbeza', berserta ikon kelopak mawar yang gugur seolah-olah menggambarkan keadaan hatinya.
Seolah memberi bayangan apa yang berlaku, 'bulan yang sama' kerana 31 Mac adalah tarikh pasangan ini diijabkabulkan sebagai suami isteri. Malah, luahan bahawa dugaan yang amat berat ditimpakan ke atasnya menguatkan lagi spekulasi.
Klik untuk gambar besar

"Dua tiga minggu ni teringat Arwah mama Norain dan Tok Ba. Kalau depa ada harini, depa pasti peluk aku dan kata "Rascal, satu dunia tak sayang cek, takpa aih, mama dgn Tok Ba syg hang aih". Al Fatihah Tok Ba dan mama Norain," tulisnya.
Apa-apapun, kami doakan kebahagiaan pasangan ini dan semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________

No comments:
Post a Comment