08 March 2019

DIDAKWA SUDAH KAHWIN & BERCERAI - LINDA AF2 TAMPIL NAFI, TAK FAHAM


"Saya tidak faham daripada dulu orang kata saya sudah berkahwin dengan VVIP yang juga ahli politik sedangkan saya tidak pernah berkahwin pun. Ada yang dakwa datang datang majlis sayalah dan sekarang mereka kata pula saya sudah diceraikan.





"Saya malas nak layan dan biarkan sahaja," ujar bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2) iaitu Linda Nanuwil yang menafikan dia mempunyai hubungan atau sudah berkahwin dengan mana-mana individu berpengaruh atau ahli politik.

Linda, 35, yang popular dengan lagu 'Jika Kau Kekasih' itu berkata, khabar angin tersebut tidak benar sama sekali dan dia tidak pernah berhubung dengan individu berkenaan.

Kata Linda yang ditemui media pada majlis sidang media konsert Reunion Akademi Fantasia 2 ini, dia masih single, namun sudah mempunyai teman lelaki. Tambahnya, dia ada perancangan untuk berumah tangga sebelum usia 40 tahun.

Klik untuk gambar besar


"Saya ada teman lelaki dan ada perancangan untuk berkahwin tapi bukan dalam masa terdekat. Saya tidak mahu terburu-buru kerana selepas ibu bapa saya meninggal dunia saya hilang semangat untuk berkahwin," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya kehilangannya selama hampir 12 tahun, Linda memberitahu yang dia memilih untuk menetap di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah selepas ibu bapanya meninggal dunia. Namun, dia masih aktif sebagai penyanyi dan memenuhi di sekitar negeri tersebut.

"Saya balik kampung dan tidak meneruskan kerjaya nyanyian di Kuala Lumpur kerana ibu bapa saya ketika itu sakit. Mereka sudah meninggal dunia dan saya terus buat keputusan untuk menetap sahaja di Sabah. Saya aktif memenuhi undangan nyanyian di Sabah dan sekarang baru saya cuba untuk cari ruang semula disini," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: