08 March 2019

BAKAL NIKAH - BELLA DALLY TERIMA KEJUTAN ISTIMEWA DARI ELFIRA LOY


Pelakon Elfira Loy baru-baru ini telah membuat kejutan istimewa dan bagi meraikan sahabat baiknya, Bella Dally yang bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi. Walaupun tidak secara besar-besaran, momen indah itu cukup membuatkan Bella rasa terharu.





Menerusi akaun Instagramnya, Elfira berkata beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakan sahabat baiknya itu dan turut mendoakan agar segala perancangan perkahwinan Bella berjalan lancar seperti yang dirancang.

"I will do anything just to make you happy @belladally I hope u like the small surprises that I arranged for you yesterday. Including the spa! ✨ Praying the best for her, hoping everything will go smoothly until the day! YAHUUUUUUUU , Can't wait to see you on that special day," tulisnya.

Berseri betul wajah kedua-dua selebrit ini, Elfira semakin manis wajahnya selepas berkahwin dan Bella pula sangat cantik dan jelas sekali terpancar sinar kebahagiaan di wajahnya. Kami harap hubungan persahabatan mereka berdua ini akan kekal baik sehingga akhir hayat.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Elfira Loy & Bella Dally


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: