08 March 2019

FOTO PERAH SUSU LEMBU JADI BUALAN LUCAH - NABILA RAZALI TUTUP KOMEN


Gara-gara memuatnaik beberapa keping gambarnya sedang memerah susu lembu di laman Instagram miliknya, penyanyi Nabila Razali telah menerima pelbagai komen nakal daripada netizen. Difahamkan, Nabila berada di Australia untuk menjayakan sebuah program dan berpeluang mencuba pengalaman memerah susu lembu.





Jika diikutkan gambar yang dikongsikan oleh Nabila hanya foto biasa, namun lain pula di mata lelaki-lelaki miang yang lebih tertumpu kepada susu yang diperahnya.

Mungkin terlalu banyak komen negatif dan liar dari netizen, penyanyi lagu 'Pematah Hati' itu bertindak menutup ruangan komen akaun Instagramnya. Makin parah netizen sekarang sehinggakan gambar biasa pun nampak lucah di mata mereka.

Apapn, bukan mudah bergelar selebriti, setiap tingkah laku dan apa saja yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian ramai. Lebih parah, netizen sekarang gemar mencari kesalahan selebriti sehinggakan ada saja serba tak kena di mata mereka.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Forum Cari & Instagram Nabila Razali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: