08 March 2019

DEDAH BEKAS PEMANDU BAHAYAKAN NYAWANYA - CHE TA MAHU SAMAN MALU


"Bayar tetap bayar gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini. Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Mac saya terlambat bayar kerana tidak masuk pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji.





"Kebiasannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa," demikian jelas pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang memberitahu dia sudah pun melakukan pembayaran gaji kepada pemandunya semalam serta menjelaskan gaji bulan Februari dibayar agak lewat berikutan dia sering tiada di pejabat.

Semalam tular di media sosial kenyataan oleh bekas pemandu Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta yang mendakwa pelakon itu tidak tidak membayar gajinya seperti yang telah dijanjikan. Kemudian, lelaki itu memberitahu isu itu sudah pun selesai apabila Che Ta sudah pun menyelesaikan tunggakan gajinya berjumlah RM2,000 serta saman RM300.

Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya, Che Ta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Facebooknya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Che Ta, tindakan bekas pemandunya dikenali Muhammad Riduan itu sudah mencalarkan imejnya kerana menyebarkan cerita yang tidak benar. Pada masa sama, Che Ta turut mendedahkan lelaki itu menunjukkan prestasi kerja yang hambar serta banyak masalah yang ditimbulkan, malah pernah terlelap ketika sedang memandu dan membahayakan nyawanya.

"Kalau dia muatnaik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari pukul 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau.

"Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi. Soal nak buat kerja lain tu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi 'ke laut' hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini.



"Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri. Dia pernah terlelap waktu memandu ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu nyawa orang lain boleh tergadai," katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berusia 21 tahun terbabit kerana telah menjatuhkan reputasinya serta menuntut permohonan maaf secara terbuka.

"Dengan apa yang sudah dia lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tidak benar sekaligus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas. Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: