09 March 2019

HANEESYA HANEE: I DOA SEMOGA ANAK U TAK HITAM CAM TU AMIINN..."


Selepas menyertai sebuah program realiti popular, nama Haneesya Hanee dikenali ramai meskipun baru saja bertapak dalam industri hiburan tanah air. Walaupun warna kulitnya sering dikutuk, namun gadis berusia 19 tahun itu sememangnya seorang yang sangat yakin dengan dirinya.





Baru-baru ini, sekali lagi ada individu seolah mengutuk dan menghina warna kulitnya dengan manyamakan dengan buah catur hitam. Status individu tersebut mendapat perhatian Haneesya yang bertindak membalasnya dengan tenang dan baik. Haneesya mendoakan agar individu tersebut tidak akan mendapat anak berkulit gelap.

Pada masa sama, menerusi Twitter, Haneesya memuatnaik status memberitahu dia memerlukan waktu rehat untuk menenangkan diri daripada komen negatif netizen. Status Haneesya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memintanya untuk bersabar atau tinggalkan media sosial buat seketika.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, ada netizen mengatakan inilah lumrah sebagai seorang selebriti dimana setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian. Kata netizen itu lagi, ini dunia glamor yang Hanee inginkan, jadi dia perlu berhadapan dengan segala kecaman dan kata-kata negatif netizen.

Apa-apa pun, netizen diluar sana janganlah menghina atau mengutuk warna kulit seseorang kerana ia merupakan ciptaan Tuhan.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: