21 March 2019

TAK TOLAK JODOH DENGAN JANDA - ISSEY HARAPKAN YANG MEMAHAMI KARIERNYA


Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham yang menyandang gelaran duda selama hampir tiga tahun itu masih belum bertemu pengganti. Tidak bersifat memilih, Issey mengharap agar dia dikurniakan seorang wanita yang memahami kariernya sebagai anak seni.





"Sejujurnya, saya tak memilih. Cukup kalau dia merupakan seorang yang baik dan sedap mata memandang. Apa yang paling penting, dia mesti memahami kerjaya saya sebagai pelakon, penyampai radio dan pelawak.

"Kalau boleh, saya mahu elakkan orang yang datang dari industri seni. Biarlah jodoh saya nanti datang dari dunia berbeza. Sekurang-kurangnya, kami mempunyai perbezaan dan boleh melengkapi satu sama lain," kata penyampai radio Suria ini.

Tambah Issey, dia juga tidak menolak jodoh dari kalangan janda atau ibu tunggal.

"Bagi saya, status bukan penghalang. Saya tak tolak jika berjodoh dengan wanita yang bergelar janda. Janda saya terima, ibu tunggal juga saya boleh terima.

"Saya bersifat terbuka, asalkan bakal jodoh nanti mempunyai sifat yang memahami," katanya lagi yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 dan berpisah pada 21 Ogos 2016.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: