23 March 2019

TARIK DIRI DARI PERCALONAN - NABIL NAFI BAKAL UNDUR DARI BIDANG SENI


Menginjak usia 35 tahun, banyak perkara yang sudah dilalui oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dalam dunia seni tanah air. Kalau sebelum ini dia mengumumkan sudah bersara daripada menyertai mana-mana program pertandingan lawak, terbaharu dia menarik diri daripada sebarang pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019).





Kata Nabil, dia mahu AME sentiasa bergerak ke hadapan dan enggan acara anugerah berkenaan digelar syok sendiri apabila pengacaranya sering menggondol trofi. Ditanya sama ada tindakan yang dilakukan sebagai langkah awal untuk mengundurkan diri daripada bidang seni, Nabil menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia sedang mempersiapkan diri untuk terus terlibat dalam urusan belakang tabir penerbitan dan penulisan skrip. Mahu mengembalikan era pelawak jadi penyanyi seperti Jalil Hamid, Salih Yaacob dan Ali Mamak, Nabil juga sedang berjinak-jinak dengan kerja belakang tabir.

Muncul dengan single berjudul 'Pening' baru-baru ini, Nabil bersyukur dengan sambutan peminat terhadap percubaan perdananya dalam seni suara. Misi sebenar Nabil adalah mengembalikan kegemilangan pelawak yang menyanyikan lagu berbentuk komedi seperti Jalil Hamid dan Salih Yaacob kini bermula.

Klik untuk gambar besar


"Saya memang sudah lama tidak berlakon. Sekarang ini, saya sedang mempersiapkan diri dengan ilmu belakang tabir seperti penerbitan dan penulisan skrip. Kes AME berlainan kerana anugerah ini datang daripada program MeleTOP.

"Sebenarnya, sejak tahun lepas saya sudah mula rasa sesuatu tidak kena. Mengacara program dan acara anugerah tetapi saya juga yang menang. Justeru, untuk melahirkan persaingan sihat, lebih baik saya mengacara sahaja dan tidak terlibat dengan sebarang pencalonan," jelasnya.

Ditanya adakah menarik diri daripada bertanding kerana takut tewas, bapa kepada bakal tiga cahaya mata ini memberitahu dirinya tidak terfikir sampai ke tahap tersebut.

"Tidaklah sampai ke tahap itu. Kalau bagi kategori pengacara MeleTOP, saya baru menang dua kali. Macam saya cakap, tercalon pun buat saya serba salah jadi lebih baik undur diri untuk memberi persaingan yang lebih realistik dan sihat. Pengunduran saya hanya dalam AME, untuk acara anugerah lain, saya masih mahu bertanding.



Dalam pada itu, Nabil disoal pula tidakkah dirinya takut peminat akan melupakan bahawa dia pernah bergelar pelakon selepas memutuskan untuk tidak lagi mahu berlakon. Ini kata Nabil:

"Saya tiada masalah tentang perkara itu. Saya berlakon pun bukan banyak sangat dan orang tidak ingat pun filem atau drama lakonan saya. Saya rasa kalau tidak berlakon pun, tidak memberi implikasi besar terhadap kerjaya seni saya. Fokus saya sekarang ingin mengacara," katanya.

Kerjaya nyanyian pula sedang berputik dengan kemunculan single 'Pening', ditanya bagaimana perkembangannya setakat ini dan bagaimana pula dengan skeptikal segelintir khalayak menyampah apabila anak seni yang bukan penyanyi cuba menyanyi? Nabil berkata:

"Saya sifatkan single Pening sebagai suatu kejayaan. Tidak sangka langsung lagu tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat. Sejak dilancarkan menerusi YouTube, Pening sudah mencatat lebih sejuta tontonan.



"Sebenarnya, kalau boleh saya mahu mengembalikan era kegemilangan penyanyi berstatus pelawak seperti Jalil Hamid, Ali Mamak dan Salih Yaacob. Saya menyanyi lagu yang kena dengan personaliti sendiri dan hanya untuk berseronok.

"Jika ada yang menyampah, saya perlukan orang sebegitu. Kalau mereka suka lagu nyanyian saya, sila kongsi. Kalau tidak suka pun, kongsilah juga. Kalau yang tidak suka dan tidak mahu kongsi, sila 'move on'," ujarnya.

Sementara itu, mengenai misinya untuk mengumpul aset, adakah sudah membuahkan hasil, ini jawapan pengacara program 'Gegra Vaganza' dan 'MeleTop':

"Saya masih bekerja keras untuk ke arah itu. Lagipun, ekonomi sekarang sedang merundum. Nasib baik masih dibayar gaji bulanan oleh Astro. Jadi, tiadalah risau sangat. Alhamdulillah, sudah lapan tahun saya bekerja dengan Astro," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Nabil Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: