23 March 2019

MASUK HOSPITAL - SAJAT TERKENA PENYAKIT MISTERI?


"Setakat ini, penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini ia mungkin ada kaitan dengan depresi. Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di ibu kota sekitar 11 malam tadi (kelmarin).





"Doakan semuanya dipermudahkan," kata pihak usahawan dan penyanyi Nur Sajat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu Sajat dikejarkan ke hospital lewat malam kelmarin.

Difahamkan, Sajat dikatakan terkena penyakit misteri, meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan namun tidak berhasil.

Klik untuk gambar besar


Menerusi posting terbaru di laman Instagran, Sajat dilapor dimasukkan ke hospital dan perkongsian yang dimuatnaik oleh pembantu peribadinya memberitahu Sajat kini dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

Pembantu peribadi Sajat turut memuatnaik video dimana Sajat kini sedang terlantar di hospital. Dalam pada itu, pembantu peribadinya turut meminta semua pengikutnya mendoakan yang terbaik buat usahawan itu.

"Doakan terbaik buat bos saya nursajat... now dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri... kami dari team nursajat, mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit mesteri... (PA)@mokkay_ 😢😭🙏🏽. Ya.. Allah... Selamatknlaa kawanku amin...," tulis pembantu peribadi Sajat.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Media Hiburan, Nur Sajat & @mokkay


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: