04 April 2019

16 FOTO & 2 VIDEO - ALIFF SYUKRI SAMBUT BIRTHDAY KE-32 DENGAN ALUNAN ZIKIR, NASYID


Semua mengetahui mengenai sambutan hari lahir jutawan kosmetik juga bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri tahun lalu yang diraikan semenangnya cukup mewah dan meriah dengan tema bollywood di rumah agamnya. Namun untuk sambutan hari lahir yang ke-32 kali ini tampil cukup berbeza dan diadakan secara sederhana.





Majlis kejutan yang dibuat oleh isterinya, Datin Seri Shahida, cukup indah sekali dengan alunan zikir daripada anak-anak tahfiz dan juga nyanyian nasyid daripada penyanyi Hafiz Hamidun.

Sambutan hari lahir tersebut hanya disambut bersama keluarga, kenalan rapat dan kakitangannya sahaja. Lebih manis, acara itu juga turut dihadiri oleh ibu tercinta iaitu pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Selamat ulang tahun kelahiran kami ucapkan dan semoga segalanya dipermudahkan, dimurahkan rezeki serta lebih sukses selepas ini agar menjadi sumber inspirasi ramai di luar sana.

Klik untuk gambar besar




































www.myartis.com / Sumber, foto & video: Rotikaya, Beautifulnara, Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: