28 April 2019

20 FOTO - LANA BIMBANG ADA KEBOCORAN LAIN DI SALURAN INJAP JANTUNG BILLY


"Alhamdulillah, Billy dah stabil dan tak perlu lagi jalani pembedahan tapi ada rawatan susulan. Cuma ada bocor sikit di bahagian lain. Saya risau juga dengan kebocoran tu. Macam mana nanti bila dia semakin besar tapi doktor kata memang tak boleh buat apa dan tak ada ubat pun.





"Apa-apa pun kena tunggu Billy besar sikit dan buat masa sekarang saya kena sentiasa pantau keadaan dia. Insya-Allah tak serius," kata pelakon Lana Nodin yang memberitahu terdapat kebocoran kecil di bahagian lain saluran injap jantung anak keduanya, William Daud Mckienzie atau nama panggilannya, Billy selepas jalani pembedahan Februari lalu.

Lana, 40, yang ditemui ketika majlis aqiqah dan kesyukuran anak-anaknya di Club House 16 Quartz @ Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Sabtu, berkata doktor menjelaskan tiada apa yang boleh dilakukan untuk memulihkan semula saluran tersebut memandangkan anaknya itu masih kecil.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Billy telah selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 14 Februari lalu. Billy yang ketika itu berusia dua bulan menjalani prosedur 'baloon valvuloplasty' akibat masalah ijap sempit (aortic stenosis) sejak dilahirkan.

Dalam pada itu, Lana bakal mengeluarkan koleksi baju melayu, kurta dan baju kurung kanak-kanak jenama GiaBilly sepanjang bulan Ramadan iaitu Mei depan. Menurut Lana, RM10 daripada harga setiap baju tersebut akan didermakan kepada pesakit kanak-kanak di IJN.



"Alhamdulillah dah ramai yang bertanya dan ingin memberli koleksi baju-baju tersebut biarpun belum lagi dikeluarkan. Insya-Allah saya akan mula menjual baju-baju itu bermula bulan Ramadan ini menerusi laman Instagram saya.

"Harga bermula dari RM99 dan RM10 daripada pembelian setiap baju itu akan didermakan kepada pesakit di IJN. Ini antara insiatif saya sendiri," ujarnya.

Untuk makluman, Lana berkahwin dengan David Mckienzie atau nama Islamnya, Mohd. Daud Mckienzie pada 15 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia dua tahun dan William Daud Mckienzie.




































www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Lana Nodin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: