28 April 2019

'SARIMA SAMHEIZY', NAMA ANAK KEDUA SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN


Menerusi muatnaik terbaru di laman Instagram, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mendedahkan nama anak keduanya yang merupakan perempuan iaitu 'Sarima Samheizy'.





Melihat entri di IG pelakon filem 'Polis Evo' itu, beliau juga sempat bergurau dengan isterinya, mahukan 10 orang lagi cahaya mata.

"Setelah 2 tahun putera SYERIV SAMHEIZY berkuasa dikausnya, kini telah diambil alih pula oleh puteri SARIMA SAMHEIZY. 2 selamat bertakhta, tinggal 10 Samheizy je lagi. Harap kausnya bertahan 🙈😂. #ibgmalaysia #naturallatexmattress #napure," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


"Nasib baik penyewa lama dengan rela hati mengundur diri tanpa tunjuk perasaan🤪🤣welcome home my girl SARIMA SAMHEIZY BT SHAHEIZY SAM (goodluck kat bakal laki hang nnti anak) #ibgmalaysia #naturallatexmattress #napure @ibgmalaysia," kata Syatilla pula.

Untuk makluman, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy (9 Mei 2017) dan Sarima Samheizy (17 April 2019).






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Shaheizy Sam & Syatilla Melvin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: