Atas keterlanjuran kenyataan berhubung tindakannya membuka tudung tiga hari lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff menerusi status di Instagram Story miliknya kelmarin telah memohon maaf dan mengakui kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu adalah kekhilafan sendiri.

Menerusi status sama Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 32, berjanji akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan selepas mengambil keputusan membuka tudung dan menyindir netizen yang mempertikaikan keputusannya itu.
"Assalamualaikum semua.. Saya ingin minta maaf disini atas kekhilafan diri sendiri.. Saya tahu, ramai yang sedih dengan saya.. Saya minta maaf sekali lagi..
Klik untuk gambar besar

"Saya tahu, pemakaian tudung adalah wajib sebagai orang Islam. Saya meminta maaf atas kesalahan percakapan saya. Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Lots of love, Nur Fathia," katanya.
Rabu lalu Fathia secara rasmi mengambil keputusan membuka tudung selepas tiga tahun bertudung penuh. Menerusi kenyataan dalam akhbar ini, Fathia mengakui lega dengan keputusan diambil dan selesa menjadi diri sendiri.
Pelakon drama 'Ariana Rose' itu berkata, bukan mudah untuknya kekal bertudung dan mengakui keputusannya untuk bertudung sebelum ini dibuat kerana merasa kecewa dan murung..
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Sinar Harian
________________________

No comments:
Post a Comment