28 April 2019
ELLY MAZLEIN: "GAGAL LAWAT, BAYAR NAFKAH & KINI ARAH DRAMA ALA-ALA PORNO"
"Saya sedih, ya terlalu sedih, kecewa dan amat memalukan, anak kecil saya berbintikan dia, kesianlah dekat Sefhia, macam-macam kamu buat dekat Sefhia. Gagal melawat anak, gagal membayar nafkah dan kini arah drama ala-ala porno.
"Beginikah contoh sebagai seorang bapa?" demikian tulis penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang berasa kesal dengan tindakan bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta yang didakwa mengarah drama yang menyerlahkan adegan seks dan menyerupai pornografi.
Perkara itu dikongsi Elly menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. Elly meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan Azmi terhadap anak mereka, Sefhia dan mendakwa bekas suaminya itu gagal membayar nafkah.
Klik untuk gambar besar
Di entri yang sama, Elly turut berkongsi potongan artikel berkaitan kenyataan mendakwa Azmi mengarah drama berunsur seks. Bagaimanapun, Elly telah memadamkan entri terbabit selepas empat jam ia dimuat naik.
Elly yang popular dengan lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada November 2014. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram EllY Mazlein
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment