15 April 2019

33 FOTO - SUASANA BIRTHDAY PERTAMA NUR AMNA QUXANDRA, ANAK LAN SOLO


Pada 13 April lalu, penyanyi Lan Solo telah mengadakan sambutan hari lahir pertama anak bongsunya, Nur Amna Quxandra dan berkongsi beberapa keping gambar sekitar sambutan tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.





Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan beberapa filem animasi, di mana kebanyakan tetamu yang hadir turut dihiburkan oleh pakaian maskot seperti karakter animasi popular. Majlis tersebut turut di hadiri oleh rakan-rakan selebriti dan ahli keluarga terdekat Lan serta isteri.

Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Lan ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh Quxandra sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyaff, 4 dan Nur Amna Quxandra, 1.

Klik untuk gambar besar

































































www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lan Solo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: