16 April 2019

GETAH SELUAR SHERRY IBRAHIM UNDANG PERBALAHAN NETIZEN


Pelakon Sherry Ibrahim telah menerima teguran netizen gara-gara sekeping foto yang dimuatnaik di laman Instagram. Ia berikutan getah pada seluar jeans biru yang digayakan Sherry lebih menonjol dan kelihatan seakan-akan seluar dalam.





Mereka menegur pernampilan pelakon drama 'Syurga Yang Kedua' ini dan bertanya sama ada getah putih dengan cetakan jenama antarabangsa itu adalah getah seluar jeans atau seluar dalam.

"Getah spenda (seluar dalam) ke? Jenama spenda pun nak tunjuk ke? Hahaha ok bye. Orang sekarang suka tunjuk diri untuk dikecam. Kenapa ya? Macam tak sesuai je, sengaja kot nak tunjuk," kata netizen.

Bagaimanapun, masih ada pengikut yang mempertahankan Sherry dan menegur sikap netizen yang gemar mengecam di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


"Ala, kolotnya otak manusia Melayu ni, takkanlah getah spenda. Kalau boleh semua nak dijadikan cerita. Pantang!," ujar netizen mempertahankan aktres berkenaan.

"Getah seluar jeans tu kut. Tak mungkinlah getah spender. Apalah... fikir positif you all," tambah mereka lagi.

Menerusi muatnaik itu, Sherry menulis kapsyen mengenai fesyennya mengenakan baju dengan warna neon. Bagaimanapun, nampaknya gaya seluar tersebut lebih menarik perhatian netizen.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sherry Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: