16 April 2019

KELUARGA DILIBATKAN, DITUDUH JUAL BARANG DARI SUMBER HARAM - ZARA ZYA SEDIH


Berasa sedih dan kecewa apabila ada individu tidak dikenali menghantar mesej hinaan kepadanya yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan, pelakon Zara Zya berkata penghinaan yang dilemparkan itu telah melukakan hantinya lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan keluarga.





"Hina sangat ke kalau saya nak meniaga? Tak tahulah kenapa, tapi ayat yang dia tulis itu betul-betul buat saya sedih sangat. Saya sedar saya ini bukan hebat sangat meniaga. Tapi apa salah saya? Siap cakap fasal famili saya.

"Kalau kritikan itu untuk saya saja, saya boleh terima... tapi bila sentuh bab famili, memang saya sedih sangat," tulis Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, di laman Instagram pada malam Isnin.

Menerusi muatnaik di laman tersebut, pelakon drama bersiri 'Monalisa' itu berkongsi paparan skrin mesej peribadi yang dihantar individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Kau tak payah semaklah nak berniaga sana sini, berlakonlah sampai mam***, tu saja yang kau pandai pun, Famili kau kedana sangat sangat sampai kena berniaga pula. Mentang-mentang artis, barang kau bukan laku pun," tulis individu itu.

Dalam pada itu, Zara berkata dia telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menceburi bidang perniagaan. Malah, ini juga adalah usahanya untuk membalas jasa kedua ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan dia dan adik-beradik yang lain.

"Saya takkan lupa betapa susahnya parents saya cari rezeki siang malam untuk bagi kami adik-beradik makan, pakai dan pelajaran yang cukup. Inilah masa untuk saya balas balik untuk parents saya.



"Saya kena tipu, bukan orang kau. Saya tak tidur pun tak ada siapa tahu. Takkan saya nak canang cerita pula kesusahan saya," ujarnya.

Sementara itu, Zara memberitahu produk kosmetik yang dijual olehnya itu bukan darpada sumber haram. Dia turut mencabar individu berkenaan untuk bertemunya secara peribadi.

"Produk saya tu tak haram. Sampai hati cakap macam tu. Kalau berani, jumpa saya depan-depanlah. Apa yang dia sakit hati sangat dengan saya," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: