16 April 2019

"DIA MASIH ISTERI SAYA & HUBUNGAN KAMI TAK ADA MASALAH" - ARIFF AZIZ


"Saya tahu, pelbagai andaian timbul apabila kami jarang memuatnaik gambar bersama di laman sosial. Itu hak peribadi kami dan orang luar tidak seharus menjadikan perkara itu sebagai isu. Dia masih isteri saya dan hubungan kami tiada masalah, sekalipun jarang memuatnaik gambar bersama.





"Lagipun, isteri sekarang berada di Vietnam atas urusan kerja," jelas pelakon Ariff Aziz yang mempunyai cara tersendiri bagi menepis spekulasi rumah tangganya bersama penerbit, Datuk A Aida yang dikatakan sedang bermasalah.

Ariff, 30, berkata single sulung,'Terubat Rindu' yang ditujukan buat isteri tersayang menjadi bukti rumah tangga yang didirikan sejak 21 Julai tahun lalu masih bahagia.

ujar Ariff, lagu ciptaan Asfan Shah, manakala lirik nukilannya sendiri itu menggambarkan perasaan sebenarnya terhadap isteri, bermula dari awal perkenalan mereka.

"Lagu berkonsepkan pop ini memang saya dedikasi khas buat isteri. Sejak awal perkenalan, saya melihat kemuliaan hati isteri dan mengingatkan diri supaya tidak memandang seorang hanya dari luaran. Alhamdulillah, jodoh kami kuat," katanya.

Tambah Ariff, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, namun masih menanti rezeki dikurniakan cahaya mata.

"Kami masih mencuba, cuma belum ada rezeki. Mungkin belum masanya, memandangkan masing-masing sibuk. Tambahan pula, saya terikat dengan jadual pengajian selepas menyambung pengajian Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dan Multimedia.

"Baru empat bulan saya sambung belajar dan sedang menyiapkan beberapa tugasan. Atas sebab itu, saya tidak dapat menemani isteri ke Vietnam," ujarnya.

Ariff yang bermula sebagai model pernah menganggotai kumpulan vokal, Carla Band bersama Harris Baba pada 2016, sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Selain 'Terubat Rindu', Ariff juga mempunyai dua lagu ciptaannya yang masih belum dilancarkan.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: