14 April 2019

AL-FATIHAH - BAPA AMAN NASSIM KEMBALI KE RAHMATULLAH


"Saya pulang ke Johor Bahru menjaga ayah sejak dua minggu lalu. Ketika itu, Allahyarham sempat bertanya mengenai persiapan perkahwinan saya sebelum beliau tidak sedarkan diri. Memang ayah kuat semangat... Kami reda.





"Doakan ayah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," demikian kata pelakon Aman Nassim yang kehilangan ayahnya, Nasim Haron pada jam 6.35 petang semalam.

Difahamkan, ayah Aman menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, Johor. Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Johor Bahru pada jam 10.30 pagi ini.

Klik untuk gambar besar


Aman memberitahu, ayahnya yang bertarung dengan penyakit kanser usus tahap empat, sudah tidak sedarkan diri sejak 1 April lalu.

Sebelum ini, Aman yang juga penyanyi itu pernah menyuarakan rasa berat hati untuk meneruskan majlis perkahwinan selepas bapanya kritikal.

Aman dan isteri yang juga pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Nor Baizura Abdul Ghani, 33, bernikah di Melaka pada 6 April lalu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Aman Nassim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: