14 April 2019
FOTO PEGANG PERUT - PEKIN IBRAHIM NAFI MONA ALLEN HAMIL, MOHON DOA
Menjelaskan isterinya, pelakon Mona Allen belum hamil selepas perkongsian foto memegang perut wanita itu disalah tafsir, pelakon Pekin Ibrahim bagaimanapun meminta orang ramai mendoakan mereka dikurniakan rezeki cahaya mata tersebut.
"Belum, belum hamil lagi. Minta doakan yang baik-baik. Kami baru sahaja balik Malaysia," ujar Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 38.
Sebelum ini, sebuah foto yang dimuatnaik aktor itu pada Jumaat lalu menjadi tanda tanya apabila dia memegang perut isterinya dan meminta orang rami memberikan kapsyen untuk foto berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata pengikut termasuk beberapa rakan artis seperti Raja Ilya dan Tiz Zaqyah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Untuk makluman, Pekin dan Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Pekin Ibrahim & Mona Allen
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment