14 April 2019

FIZZ FAIRUZ: "KITA NAK JERNIHKAN KEADAAN, BUKAN BURUKKAN KEADAAN"


Tidak menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh empunya Instagram yang membuat fitnah kepada dirinya iaitu @makcik_puaka melalui InstaStory mereka, pelakon Datuk Fizz Fairuz pada satu entri lainnya, meminta supaya jangan sesekali mengambil mudah atas sesuatu perkara kerana mungkin akan memakan diri sendiri.





Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin meminta supaya supaya menghormati apa yang telah diatur untuk kedua-dua belah pihak.

"Kita nk jernihkan keadaan, bkn burukkan keadaan.. hope dpt kerjasama utk press conference nanti.. cc @fizzalmy @alanrazak. Jgn sesekali kita amik mudah atas sesuatu perkara, akan memakan diri tau.. jd apa yg kita aturkan ikut sahaja, utk kedua2 blah pihak.. cc @fizzalmy @alanrazak #menegakkankebenaran," tulisnya.

Menurut laporan sebelum ini pula, dia sudah mengenal pasti individu tersebut dan mahu pihak yang terlibat hadir serta meminta maaf pada sidang media yang akan diadakan. Menurut Fizz lagi, jika pihak tersebut tidak hadir, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak beliau.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: