10 April 2019

AL-FATIHAH - TONY SOLIANIO JR KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga atas pemergian pemuzik Tony Solianio Jr, 56, atau Mohd Zaini Soliano yang meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada jam 1.18 pagi semalam.





Berita itu dimaklumkan dan disahkan oleh isteri arwah, Anita Claire kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT). Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave turut meluahkan rasa sedih atas pemergian pemuzik terkenal itu.

"Saya agak sedih dengan berita ini lebih-lebih lagi kami sempat menziarahi arwah dan memberikan kata-kata semangat kepadanya ketika mendapatkan rawatan di PPUM pada bulan lalu.

"Saya sememangnya mengenali keluarga arwah dan masih ingat pada tahun 70-an, saya pernah menyanyi diiringi muzik Orkestra RTM yang ketika itu dipimpin oleh arwah bapanya iaitu Tony Solianio. Ternyata mereka sekeluarga berdarah seni," katanya.

DJ Dave mewakili YKAT turut menghulurkan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada isteri arwah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam MPSJ, USJ 22, Subang Jaya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: