09 April 2019
"KE-3 ON THE WAY.. DOAKAN....." - BEEGO & LINDA TERUJA MENANTI
Pelakon Beego menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam telah memuatnaik video dimana isterinya, aktres Linda Hashim kini sedang berada di hospital dan menanti kelahiran anak ketiga mereka.
"Assalamualaikum semua... Kalau perasan sy tak update lama insta/sosial platform yg lain sbb mm takde cerita menarik nak share.. takut korang jemu..
"Tetapi hari ini Special... yg ke-3 on the way.. doakan semoga Allah swt rahmati, berkati dan permudahkan... Aamiin.. semoga baby jadi anak yg soleh/solehah..," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi ruangan komen, pengikutnya juga turut mendoakan agar segala urusan bersalin isteri kesayangannya dipermudahkan.
Bagaimanapun, buat masa ini Beego dan Linda masih belum memberikan sebarang berita mengenai kelahiran anak ketiganya.
Untuk makluman, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Beego & Linda Hashim
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment