16 April 2019

ALAMI KEGUGURAN: "TAK NAK ORANG RISAU... I'M ALL GOOD NOW" - ISTERI SYUKRI YAHAYA


Menerusi ruangan Instagram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat semalam, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan mendedahkan dia mengalami keguguran akibat jatuh di dalam bilik air.





"Amin amin ya rabb'al alaminnn. Ha'ah, jatuh bilik air. Uhuuu..yes, miscarriage. But no worriessss. I'm fine. Taknak orang risau. I'm all good now.. Dah nak habis pantang dah pun..Lagi berapa hari je," tulisnya.

Dalam pada itu, Tya juga mengingatkan wanita yang keguguran perlu berpantang mengikut cara yang betul: "14 hari je..tak lama.. walaupun miscariage still kena pantang betul-betul tau".

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Tya telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram (IG) miliknya.

Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: