16 April 2019

'INDAH CAMELLA' SELAMAT DILAHIRKAN - LINDA HASHIM KONGSI PENGALAMAN


"Salam semua.. alhamdulillah cukup lah seminggu kelahiran puteri ke-3 kami.syukur ya allah kau permudahkan segala urusan kami. Sgt mudah sgt senang sangat sekejapan... Datang hospital pukul 10pagi terus ke labour check 5cm sudaa..





"Golek punya golek menahan sakit sikit tup tup tgh azan zuhur dia nak keluar... keluar la si anak solehah kami ni pada pukul 1.37 tghri Isnin 8-4-19 berat 3.12kg.. Alhamdulilah syukur sangat dgn nikmat Allah ni. Terima kasih juga kat suami yg sentiasa menemani dan membantu walau apa juga keadaan dari baby dlm perut sampai la ke pantang ni.

"Semoga allah saja yg membalas jasa u syg @beego_linda. Tak lupa juga mak mertua sy @roshidahelias turut membantu dlm drama ni.bantu jagakan si nopal jelitanggun dgn baik tq mama. tq juga utk semua family kawan2 yg dtg visit..lohh..

"Panjang ucapan ni mcm menang award. ok dah.. lepas ni sy bagi tau nama baby ya.. stay tune," tulis isteri kepada pelakon Beego iaitu aktres Linda Hashim di laman Instagram miliknya, yang bersyukur kerana kelahiran anak ketiganya pada 8 April lalu dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


Linda yang berkongsi pengalaman melahirkan anak ketiganya yang merupakan perempuan itu berkata dia hanya menahan sakit kontraksi sebentar sahaja dan anaknya yang diberi nama Indah Camella, dilahirkan dengan mudah.

Menerusi entri yang sama, Linda memuat naik video di saat dia berada di bilik bersalin kenunggu cahaya matanya dilahirkan. Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu dan bayi terus sihat.

Untuk gambar besar, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.











www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Linda Hashim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: