16 April 2019

"ASAL JAHAT JE LAKI AKU... PERCAYA SUAMI" - ALMY NADIA HANTAR 'BODYGUARD' JAGA


Meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz dalam hal membabitkan rumah tangga, pelakon Datin Almy Nadia menjelaskan, tidak terdetik perasaan was-was terhadap suaminya malah ketika tular kisah datuk seri ditangkap khalwat di Terengganu, perasaannya neutral.





"Saya tak rasa apa-apa pun, gelak je ada sebab ketika kejadian (berita tular), suami saya ada bersama saya. Kalau saya cakap saya percaya suami 100 peratus netizen kecam pula, tapi dah saya memang percaya dia!

"Dia ke Terengganu atas urusan kerja ketika itu jadi saya tak ada perasaan was-was pun. Gerak-geri dia pun saya tahu sebab saya hantar 'bodyguard' untuk jaga dia," katanya.

Almy yang ditemui pada majlis pelancaran Star Vendor Festival di PWTC semalam memberitahu dia terkilan apabila nama suaminya sering terheret dalam isu sedemikian.

"Saya kecewa sedikitlah, asal jahat je laki aku. Tapi saya tahu dan percaya suami saya macam mana. Anak pun sudah empat," tambahnya.

Isu fitnah yang mengaitkan Fizz dengan penangkapan khalwat di Terengganu itu mencetuskan rasa kesal pelakon itu hingga bertindak untuk mendesak pemilik Instagram @makcikpuaka berjumpanya dan membuat permohonan maaf.

Fizz memberikan tempoh sehingga tengah malam tadi untuk individu berkenaan bertemunya dan akan membuat laporan polis seandainya gagal.

Harapan Almy agar isu yang berleretan dengan pemilik Instagram terbabit akan diselesaikan secepat mungkin sekali gus dapat membersihkan nama baik mereka sekeluarga.

"Saya nak clearkan isu ini secepat mungkin sebab dia (Fizz) sudah mendapat pangkat yang diamanahkan untuk dijaga baik-baik. Saya tak mahu nama kami busuk dan enggan dia terpalit dengan apa-apa kisah lagi," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: