08 April 2019

AWI RAFAEL BERHARAP JIKA ADA REZEKI, MAHU CUBA LAGI BERSAMA ATIKAH


"Alhamdulillah, sabar dan tenang, itulah kunci kekuatan diri. Banyak hati mahu dijaga, namun saya cuba melakukan yang terbaik dalam hidup. Jangan rasa malu, semua manusia akan melalui kisah suka duka dalam kehidupan.





"Apa yang yang lebih penting, saya cuma berharap jika ada rezeki, saya mahu mencuba lagi untuk bersama Atikah. Bagaimanapun, buat masa ini, sebagai anak lelaki, lebih baik saya tenang, fokus pada kerja dan jaga emak dahulu.

"Maafkan saya seandainya ada kata-kata yang mengguriskan hati sesiapa," kata penyanyi Awi Rafael yang memberitahu bagaimana dia kuat berdepan dugaan.

Apabila ditanya apakah kemungkinan hatinya kembali bertaut dengan bekas tunang, pelakon Atikah Suhaime, suatu hari nanti, penyanyi berasal dari Singapura itu mengesahkan hubungan dengan Atikah masih baik.

Awi turut berkata, ketika ini, dia banyak merenung kesilapan yang pernah dilakukan dan berusaha menjadi insan lebih baik.

Klik untuk gambar besar


"Lebih bagus kami beri ruang untuk jadi teman baik sahaja. Setakat ini, lebih baik kami memberi ruang sebagai teman baik sahaja.

"Saya turut mengambil waktu ini untuk lebih mempersiapkan diri dan belajar daripada kesilapan pernah dilakukan. Saya dan Atikah menghormati diri masing-masing. Insya-Allah, persahabatan yang positif tetap akan ada," jelasnya.

Pertengahan bulan lalu, Awi mengumumkan majlis pernikahan dengan Atikah, yang sepatutnya berlangsung pada 17 Mac lalu, dibatalkan.

Menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuatnaik di laman Instagram, Awi dilapor menjelaskan, dia dan Atikah berdepan dugaan hingga majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan.



Pengumuman Awi itu mengejutkan peminat yang menunggu detik hari bahagia pasangan ini. Netizen juga tertanya-tanya punca sebenar menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan majlis pernikahan dan resepsi di Singapura.

Pada entri itu, Awi turut berkongsi keterangan pada video yang meminta semua pihak memahami situasi dihadapinya sekarang. Awi berkata, Atikah akan terus menjadi sahabat baiknya, sama seperti dahulu.

"Sayang sebagai abang, adik dan teman selalu ada. Kami serahkan pada jodoh. Buat masa ini, kami mahu lebih fokus pada kerjaya dan saya akan sentiasa bersyukur dengan persahabatan ini.

"Insya-Allah, Atikah akan selalu menjadi kawan baik saya, begitu juga dengan sahabat kami yang lain. Kami akan selalu menyokong Atikah," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Awi Rafael & Atikah Suhaime


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: