08 April 2019

KELUARGA NORMAH DAMANHURI - NETIZEN LANCAR KEMPEN BOIKOT


Minggu lalu, netizen terus-menerus memberi pengajaran kepada keluarga Normah Damanhuri, susulan kejadian tarian berunsur lucah di majlis perkahwinan anaknya, pelakon dan model iaitu Ahya Rosli bersama pasangannya, Shahirah Sanusi.





Tidak hanya mengecam, netizen kini telah melancarkan kempen untuk memboikot keluarga Normah Damanhuri termasuklah anak-anaknya, Ahya Rosli dan Liana Rosli (Kak KM).

Menerusi satu status di Facebook, pengguna Ajwad Rawk melancarkan kempen boikot tersebut dan ia nampaknya mendapat persetujuan ramai.

Ada juga netizen yang telah melaporkan laman Instagram Ahya dan Kak KM kepada pihak Instagram. Tidak cukup ahli keluarga, netizen turut mahu memboikot produk jamu keluaran Kak KM.

"Kempen memboikot sampah masyarakat! Mereka memalukan agama Islam!”, tertera di poster boikot tersebut yang sehingga kini telah mendapat 3,400 perkongsian dan 2,000 komen.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Facebook Ajwad Rawk, Instagram Ahya Rosli & Kak KM


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: