17 April 2019

BERDEPAN SAMAN RM20K - SAJAT LANTIK SITI KASIM SALAH SATU PEGUAM BELA


Gara-gara dikatakan gagal membekalkan produk bengkung dan 'girdle' yang sudah ditempah dan dibayar oleh stokis, usahawan kecantikan terkenal, Nur Sajat telah berdepan saman RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources.





Malaysiakini melaporkan Nur Sajat Aesthetic disaman syarikat OWA Resources ekoran urusan perniagaan yang dijalankan kedua-dua pihak tidak berlangsung seperti dikehendaki.

"OWA Resources mengesahkan telah memfailkan saman sivil bernilai hampir RM200,000 terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang dimiliki oleh Muhammad Sajjad kerana gagal membekalkan produk bengkung dan girdle yang ditempah dan dibayar oleh stokis," kata kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan.

Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu depan dan bagi berdepan saman ke atas syarikatnya, Sajat telah melantik dua orang peguam bela iaitu Siti Kasim dan Ajeet Kaur. Ajeet menerusi portal Malaysiakini memberitahu, saman tersebut difailkan oleh dua individu.

Klik untuk gambar besar


"Dalam tindakan ini Nur Sajat Aesthetic telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati atas kerugian dan kehilangan yang dialami akibat salah laku oleh mereka.

"Tindakan ini belum didengar atas meritnya lagi. Pihak Nur Sajat Aesthetic tidak akan memberikan komen sehingga tindakan ini didengar atas merit melalui perbicaraan penuh," jelasnya.

Buat masa ini, pihak Nur Sajat tidak akan memberikan sebarang komen selagi kes tersebut belum melalui perbicaraan penuh.






www.myartis.com / Sumber & foto: MalaysiaKini, Instagram Nur Sajat & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: