17 April 2019

"BIRTHDAY PRESENT... MOMMY & BABY GIRL SHARE THE SAME BIRTHDAY" - SHAHEIZY


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin atas kelahiran anak kedua mereka, perempuan yang selamat dilahirkan pada jam 9.15 pagi hari ini.





Katanya, keluarga kecilnya kini sudah bertambah dengan kehadiran bayi perempuan yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan, KPJ Ampang Puteri.

"WE ARE NO LONGER 3 😍. ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone ðŸĪąðŸŧ ðŸ‘Ļ‍ðŸ‘Đ‍👧‍ðŸ‘Ķ 17/04/19, 9:15am #BabyGirl #SS #KPJAmpangPuteri," katanya ringkas dalam satu perkongsian menerusi laman Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Bintang 'Polis Evo' itu berkata, kehadiran puterinya itu lebih bermakna kerana ia menjadi hadiah buat ibunya, pelakon Kathy Fauziah yang meraikan ulang tahun kelahiran, hari ini.

"Happy Birthday Mommy @khatyfauziah. Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday 😘❤️. Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU ðŸĪĶðŸŧ‍♂️😅. #SS #KPJAmpangPuteri," usik Sam dalam satu entri lain.



Sementara itu, Syatilla tidak ketinggalan berkongsi rasa syukur di atas kelahiran anak kedua mereka menerusi laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq 😍😍😍😍 sihat gebu anak pompuan aku ♥️. Tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room ðŸĪŠ. Thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih @kpjampangputeri the best♥️," katanya dalam satu perkongsian.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu sebelum ini, dikurniakan anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Instagram Syatilla Melvin, Shaheizy Sam, @khatyfauziah & @kpjampangputeri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: