17 April 2019

SAH BINTANGI 'AVATAR 2' - MICHELLE YEOH TERUJA JADI SEBAHAGIAN


"Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada francais Avatar. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan pengarah legenda James Cameron nanti," tulis aktres terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh yang mengesahkan beliau akan terlibat dalam pembikinan sekuel filem 'Avatar' yang dijangka menemui peminat pada tahun depan.





Perkara itu dikongsikan oleh Michelle, 56, dan @avatar yang memaklumkan aktres tersebut akan memegang watak saintis Dr. Karina Mogue itu menerusi laman Instragam semalam.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon yang terkenal menerusi filem 'Wing Chun' itu turut berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan Cameron terhadapnya.

Klik untuk gambar besar


"Sepanjang kariernya, Michelle berjaya mencipta karakter yang unik dan sentiasa diingati dalam lakonan. Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya dan melakukan hal serupa dalam sekuel Avatar," kata Cameron.

Sebelum ini, filem pertama Avatar ditayangkan pada 2009 dan dibintangi barisan pelakon seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang serta Michelle Rodriguez.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: