17 April 2019

ALIF SATAR DEDAH ISTERI KEGUGURAN AWAL TAHUN SEBELUM HAMIL SEMULA


Awal tahun ini, selebriti serba boleh, Alif Satar telah diuji dengan berita keguguran isteri, Shadila Halid dan ketika itu, usia kandungan baru memasuki minggu kelapan. Perkara tersebut didedahkan oleh penyanyi dan pelakon tersebut.





"Kejadian itu berlaku pada awal tahun ini. Saya dan isteri reda dengan ujian terbabit. Ketika itu, usia kandungannya masih awal. Saya menerima ketentuan tersebut dan tidak terlalu terbawa bawa dengan perasan," kata Alif.

Pengacara 'Big Stage' ini ditemui di majlis pelancaran aplikasi Salam Web dan portal gaya hidup Salam Today di Empire Hotel, Subang Jaya.

Namun begitu, setiap ujian pasti ada hikmah dan kemanisan tersendiri. Alif dan isteri kini bahagia dan sedang menanti kelahiran cahaya mata baru mereka tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


"Syukur Alhamdulillah, isteri saya disahkan hamil sekali lagi. Isteri saya akan melahirkan anak kami tidak lama lagi. Insya-Allah, kami akan menyambut kelahiran permata hati terbaru pada 10 Oktober depan.

"Jantina anak kami hanya akan diketahui pada Jumaat ini. Sejujurnya, baik saya dan isteri, kami memang tak kisah jantina anak kami nanti.

"Sama ada kami menerima kehadiran anak lelaki atau perempuan, kami anggap ia rezeki. Kami menerimanya dengan hati yang terbuka," jelasnya lagi.

Untuk makluman, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Satar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: