18 April 2019

ISMAIL IZZANI: "TERUJA NAK TENGOK VIDEO PENUH... KALAU ADA, TUNJUKKANLAH"


Sekali lagi terpalit dengan kontroversi hangat apabila ada pihak menyebarkan 'screenshot' kononnya beliau terbabit dalam video lucah, penyanyi Ismail Izzani bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut.





Ismail atau nama penuhnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, berkata, dia juga tidak tahu kenapa dirinya menjadi sasaran pihak terbabit selepas penyebaran video mirip penyanyi, Aiman Tino baru-baru ini.

Malah, Ismail yang popular menerusi lagu 'Luar Biasa' dan 'Bidadari' itu yakin video disebarkan itu bukan miliknya. Kata Ismail, dia tidak faham dan merasa kesal mengapa beliau menjadi mangsa fitnah oleh pengguna laman sosial.

"Teruja nak tengok video penuh yang dikatakan kepunyaan saya. Kalau memang ada, tunjukkanlah. Kenapa keluarkan yang tangkap layar (screen shot) saja.

"Saya pun tak tahu kenapa menjadi sasaran selepas Aiman Tino. Tak tahu nak cakap macam mana. Apabila saya tengok sendiri paparan skrin itu sangat kelakar.

Klik untuk gambar besar


"Saya pun sudah hubungi sendiri pengguna akaun Twitter itu untuk minta video penuh. Sebab apa yang disebarkan itu dalam bentuk paparan skrin dan gambar. Bagi saya ia tak cukup.

"Bukan saja saya, malah orang luar pun teruja nak tengok video itu. Tapi saya yakin, kalau mereka ternampak video itu nanti, Insya-Allah mereka tahu ia bukan saya. Yang tak tahu, mungkin akan tetap cakap saya," katanya.

Ismail yang dilantik sebagai duta 'Setulus Ikhlas' sepanjang Ramadan dan raya di TV3 berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu kerana menganggap ia bukan isu besar.

"Saya tak ambil tindakan berat sebab orang tahu ia tak betul. Bagi saya, peminat dan orang luar boleh beza sendiri. Sebab ia bukan masalah besar buat saya.



"Zaman sekarang apa saja boleh jadi. Dulu lagi sudah jadi perkara sebegini. Bagi saya, ini hanya permulaan dan kena sentiasa bersedia pada masa akan datang," ujarnya.

Menurutnya, dalam masa sama, dia juga takut kerana apabila sampai tahap itu banyak lagi yang boleh berlaku pada masa depan sehinggakan orang boleh sunting dan sebar fitnah. Ismail juga mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Secara peribadi, perkara ini berat untuk saya. Tapi tetap kena lebih berhati-hati pada masa depan dan nak juga tengok video penuh.

"Mak saya tahu perkara ini dan dia gelak. Sebab tak tahu tandas mana yang orang itu sunting. Lain kali gunakanlah tandas elok sikit atau tandas hotel lima bintang," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ismail Izzani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: