30 April 2019
CHE TA: "SAYA RASA KALAU BUKA TUDUNG BOLEH TERUS MASUK NERAKA....."
Seperti sudah menjadi satu trend apabila satu demi satu selebriti membuat keputusan untuk membuka tudung meskipun sudah bertahun berhijab dan sejak kebelakangan banyak cerita yang tidak sedap di dengar.
Sudah berhijab hampir empat tahun, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta itu tidak akan sesekali membuka tudung kerana membayangkan dirinya bakal menjadi penghuni neraka jika melakukan perkara sedemikian.
Tegasnya lagi, kenyataannya itu adalah untuk peringatan diri sendiri dan bukan ditujukan kepada mana-mana artis yang membuat keputusan untuk membuka tudung.
"Saya rasa kalau buka tudung boleh terus masuk neraka. Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain.
Klik untuk gambar besar
"Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah. Kita doa yang terbaik untuk dia," katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata mereka yang berhijab perlu kekal istiqamah serta mendampingi dengan mereka yang membawa aura positif kerana rakan-rakan dan persekitaran yang baik juga memainkan peranan penting.
"Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat.
"Jika nak like gambar orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung," ujarnya lagi.
www.myartis.com / Sumber & foto: MalaysiaKini, Rotikaya, & Instagram Rozita Che Wan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment