30 April 2019

"JAGA ANAK AWAK DULU, TAK PAYAH SIBUK... SAYA NAK ANAK YANG TERBAIK" - ALIFF SYUKRI


"Jaga anak awak dulu, tak payah sibuk hal anak saya. Saya ni memanglah mulut laser kuat membebel tapi saya ni tak bodoh tau. Saya sayang anak saya sendiri. Saya buat mesti ada sebab. Jaga anak perempuan zaman sekarang kena lebih takut tengok keadaan semasa dalam mendidik anak saya ada cara saya.





"Kadang-kadang pelik la orang yang sibuk cara kita didik anak. Saya ni dah la jahil, jahat, bukan orang baik, sekolah pun bodoh. Takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya. Saya nak anak yang terbaik. Kalaulah korang nak tau mak saya jauh lebih garang.

"Dulu mak saya ni pukul dengan getah paip, pijak, lepang, semua cukup pakej sebab tu saya jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan. Orang-orang dulu ni memang didik anak ada cara mereka, saya pilih didik anak cara lama.

"Yang nak ikut zaman terpulang la sebab esok-esok kalau anak saya tak elok saya juga yang dipersalahkan bukan korang," demikian tulis usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengakui kesal apabila ada pihak yang mengkritik caranya dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El Zahra.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri di laman Instagram (IG), Aliff menjelaskan dia mahu yang terbaik untuk anaknya dan tahu cara terbaik dalam memberikan didikkan kepada mereka. Melihat pada ruangan komen, rata-rata berharap agar Aliff tidak mempedulikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai sebaiknya fokus dalam mendidik anak-anaknya.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Bobo Dimana' dan 'Abang Nak Tegur' itu berkongsi video tindakannya merotan Qadejah kerana membuka tudung di hadapan lelaki ajnabi adalah bersebab.

Dalam video berkenaan, Qadejah menangis teresak-esak dipercayai akibat dirotan bapanya namun Aliff tanpa putus asa memujuk anak perempuannya sambil menyapu ubat. Tindakan tegas namun menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen biarpun ada yang turut bersimpati dengan keadaan Qadejah.





www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: