30 April 2019

SEKALI LAGI KONGSI FOTO WANITA - KALI INI RASHIDI ISHAK TAMPIL JELASKAN


Mengenai spekulasi sudah menjalinkan hubungan istimewa selepas foto bersama wanita bernama Mishael Lee itu tular di media sosial, pelakon Rashidi Ishak akhirnya tampil menjelaskan.





Tegas Rashidi, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dan menganggap perkara itu hanya sebuah spekulasi semata-mata.

"Her name is Mishael Lee. We met only recently. Despite the speculation that has been going on, it is only speculation. We're not in any relationship.

"This is a very private matter but I just have to post this to clear any misunderstanding and any conjectures arrived from my pevious post. Please do respect her. @leemishael I hope you are ok," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, pelakon filem 'BU' itu menimbulkan tanda tanya apabila memuatnaik foto bersama seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto terbabit selepas ia menjadi tular da menimbulkan spekulasi pelbagai pihak berkaitan hubungan tersebut.

Pada Ahad lalu, menerusi mStar, Rashidi enggan memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu. Manakala, wanita itu memuatnaik status menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.

Rashidi sah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika yang berusia 15 tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Rashidi Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: