21 April 2019

DAKWAAN CERAI ISTERI SARAT HAMIL - PU ABU ADA 'CERITA' TERSENDIRI, ENGGAN BESARKAN


Minta semua pihak bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan mengenai kontroversi rumah tangganya yang menjadi bualan hangat netizen, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkata buat masa ini dia memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan isterinya, Ain Afini di media sosial.





"Kenyataan Ain sudah menjawab," kata pemilik nama penuh Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokthar Rozaidi itu.

Namun jawapan ringkas PU Abu yang ketika ini berada di Madinah itu membawa maksud dakwaan bekas isterinya bahawa dia diceraikan ketika sedang hamil tujuh bulan demi mengahwini seorang wanita berstatus janda beranak satu adalah benar.

Bagaimanapun tambah PU Abu, dia juga mempunyai 'cerita' tersendiri disebalik kemelut yang melanda rumah angganya itu: "Memang ada (penjelasan) daripada pihak saya. Saya ada cerita saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu ketika ditanya mengapa dia tergamak berbuat demikian ketika bekas isteri sarat mengandungkan zuriatnya sendiri, PU Abu berkata buat masa ini dia enggan memperbesarkan itu tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak nak besarkan lagi. Kalau tidak... saya ni samalah dengan bekas isteri saya kan?" tuturnya lagi.

Sebelum ini, bekas isteri PU Abu telah meluahkan duka di laman Instagram selepas diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.

Ain Afini juga mendakwa ia berpunca darpada kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dikenali Hana Azraa.

Hasil semakan mStar di Facebook wanita berkenaan, dia juga merupakan usahawan kosmetik berasal dari Kedah. Selain itu, Ain Afini juga mendedahkan PU Abu pernah memintanya kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: