21 April 2019
DOKTOR SYORKAN JALANI PEMBEDAHAN FIBROID - DJ LIN MAHU CUBA INISIATIF SENDIRI
Dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah pendarahan dan kurang oksigen dalam badan, penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 41, berkata bacaan tekanan darahnya tinggi dan hampir pitam akibat serangan penyakit vertigo.
"Saya memang ada masalah vertigo yang serius. Bila saya berdiri, rasa macam semua benda disekeliling saya bergerak sampai otot bahu dan leher rasa tegang. Benda tu buat saya tak stabil dan saya takut jatuh.
"Sudah lama saya tak kena serangan vertigo. Kali terakhir pada tahun lepas. tapi dua tiga hari ni ia datang balik dan saya ada makan ubat semua. Cuma Khamis lepas ia semakin teruk.
"Saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor terus beritahu saya kena masuk wad kerana bacaan tekanan darah sangat tinggi," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Program Suria ini tidak menyangka ketumbuhan fibroid yang dialaminya semakin membesar sehingga terpaksa menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
"Sebenarnya ketumbuhan fibroid ini sudah beberapa tahun juga saya kena. tapi tak sangka ia semakin besar. Doktor syorkan untuk saya menjalani pembedahan tapi saya nak beri peluang cuba inisiatif sendiri. Makan ubat dahulu.
"Sebenarnya ibu saya pun tak tahu mengenai ketumbunhan ini. Bukan niat saya untuk membelakangkan keluarga atau peminat mengenai perkara ini cuma saya tidak mahu mereka bimbang," katanya.
Calon kategori Penyampai Radio Meletop, Anugerah MeleTop Era 2019 (AME 2019) ini dimasukkan ke hospital pada Jumaat kira-kira pukul 3 pagi selepas tekanan darahnya mencatat bacaan tinggi.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment