21 April 2019
ISU SUSU BADAN: DIKECAM PERANGAI LAMA PUNCA - FIZI BUNTU, ISTERI NYARIS MEROYAN
"Terlalu ramai yang kecam cakap perangai dia sebelum ini yang buat dia tiada susu badan buat Killa sangat tertekan. Saya cuba positifkan dia sebab ramai sahaja bayi lain yang tak dapat minum susu badan tetapi mereka sihat sahaja.
"Kila hampir meroyan sebab terlalu memikirkan kata-kata orang. Dia sangat stress ketika dalam pantang," kata penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengenai isterinya, pelakon Shakilla Khoriri.
Gara-gara terlalu memikirkan kata-kata netizen mengenai susu badan, Shakilla yang sedang dalam pantang itu kini mengalami tekanan. Menurut suaminya, Shakilla gagal mengawal perasaan sehingga hampir meroyan.
Shakilla sebelum ini berkongsi luahan hati di laman Instagram miliknya apabila pelbagai usaha dilakukan untuk menambah susu badan tidak berhasil. Perkongsian itu menyebabkan pelakon drama 'Air Mata Di Bumi Matador' itu menerima pelbagai reaksi netizen.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fizi berkata, ada yang memberi cadangan dan ada juga yang mengaitkan kisah lampau menjadi punca sus badan kurang.
"Orang-orang asyik DM (direct message) cakap dia tiada susu badan sebab perangai dia dahulu. Ada juga yang salahkan sebab dia asyik main Instagram.
"Netizen perlu faham masalah seseorang itu dan jangan buat mereka bertambah stress sebab sesetengah mereka tiada tempat untuk meluahkan. Sepatutnya anda beri kata-kata semangat kepada orang yang tengah down bukannya keam mereka," ujarnya.
Bercerita mengenai pengalamannya menjadi bapa, Fizi berkata kehadiran Ameena membuatkan dia lebih memahami erti pengorbadan seorang ibu.
"Tidak mudah rupanya nak menjaga anak ni. Ameena selalu bangun malam-malam dan menangis tak berhenti macam orang kena rasuk.
"Lampin dah tukar, bagi susu pun tak nak diam. Tak tahu apa lagi yang dia nak sampai saya naik buntu. Rupa-rupanya dia nak saya dodoi sampai tidur," tuturnya.
Dalam pada itu, Fizi memberitahu dia juga terpaksa mengambil alih tugas isterinya menguruskan kerja-kerja rumah termasuk memasak.
"Mula-mula saya sangka mudah sahaja untuk jadi bapa tapi sebenarnya susah. Sementara orang rumah sedang berpantang, saya terpaksa membuat kerja harian. Rutin kehidupan saya akan bermula seawal pukul 4.40 pagi untuk pergi kerja.
"Sampai di rumah saya akan jaga anak, memasak, basuh kain, jemur kain, sapu rumah dan mandikan baby. Ia buat saya terfikir pengorbanan ibu dan bapa saya selama ini. Betapa penatnya mereka," jelasnya.
Untuk makluman, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari tahun lalu. Pasangan ini selamat menimang cahata mata sulung iaitu bayi perempuan diberi nama Ameena Sofia, secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Damansara pada jam 11.30 pagi Khamis.
www.myartis.com / Sumber: mStar, Instagram Shakilla Khoriri & Fizi Ali
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment