21 April 2019

DAKWAAN ANGGAP ISTERI MACAM 'HAMBA' - AERIL ZAFREL TAMPIL JAWAB


Perkongsian pelakon Wawa Zainal yang memuatnaik gambar suaminya, pelakon Aeril Zafrel yang sedang makan di bilik tidur mereka baru-baru ini kecoh di media sosial sehingga menimbulkan perbalahan dikalangan netizen.





Menerusi posting berkenaan, Wawa mengatakan suaminya itu pulang lewat malam dari kerja dan mengejutkannya dari tidur dan meminta untuk menyediakan makanan.

Perkongsian Wawa itu mencetus pelbagai reaksi netizen dimana ada yang kurang senang dengan tindakan Aeril itu malah ada mendakwa Aeril seperti tidak bertanggungjawab mengejutkan isteri yang sedang lena tidur.

Klik untuk gambar besar


Tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, Aeril tampil menjelaskan situasi sebenar. Jelas Aeril, itu adalah caranya untuk meluangkan masa bersama isteri dan berkongsi cerita tentang apa berlaku sepanjang hari memandangkan keesokan paginya dia akan keluar mencari rezeki.

Penjelasan Aeril itu disokong oleh pengikutnya serta berpendapat ramai netizen hanya tahu menghentam sahaja tanpa tahu cerita sebenar. Kata netizen lagi, orang luar tidak sepatutnya masuk campur hal rumah tangga orang lain.

Jika diikutkan tiada salahnya perkongsian Wawa Zainal itu, tetapi tak sangka boleh menjadi perbalahan dikalangan netizen. Netizen pun janganlah terlalu cepat menghentam tanpa mengetahui pucuk pangkalnya.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: