20 April 2019

PU ABU DIDAKWA CERAIKAN ISTERI HAMIL 7 BULAN DEMI JANDA ANAK SATU


Menerusi laman Instagram, bekas Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah mendedahkan bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya demi untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu bernama Hana Azraa. Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.





Menurut wanita yang dikenali sebagai, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di laman Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Dan kerana usia pernikahan yang masih baru, dia telah meminta lelaki itu agar membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut.

PU Abu telah memilih untuk bersama ibu tunggal tersebut. Bekas isterinya juga telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, bekas isterinya mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

Klik untuk gambar besar


Malah seorang rakan sekolah PU Abu telah menulis komen di laman Instagram bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama di sekolah. Tulisan bekas isteri PU Abu telah dimuatnaik ke Twitter oleh rakannya atas permintaannya sendiri.

Juga terdapat dakwaan bahawa PU Abu hanya menipu dengan menggunakan gelaran Ustaz. Ada juga mendakwa cerai yang dilafazkan oleh PU Abu tidak sah kerana ia dibuat melalui aplikasi WhatsApp dan talak tidak jatuh sehinggalah anak mereka dilahirkan.

Setakat ini, tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

Untuk makluman, PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015 dan dikenali kerana bentuk tubuhnya yang tegap.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: