20 April 2019

ISTERI SELAMAT BERSALIN - ATU ZERO TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelawak Atu dari kumpulan Zero apabila isterinya, Shafeeqa Johari selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang merupakan bayi lelaki kira-kira jam 9 pagi tadi.





Kata Atu, bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, secara pembedahan itu dianggap hadiah ulang tahun ke-32 isteri tercinta, Shafeeqa Johari, hari ini.

"Alhamdulillah, hadiah paling bermakna hadir dalam hidup kami sekeluarga, hari ini, sekali gus melengkapkan keluarga kecil kami dengan sepasang cahaya mata.

"Buat masa ini, kami juga sudah memilih nama untuk si kecil. Insya-Allah, ia akan diumumkan selepas tujuh hari. Isteri dan bayi kami dalam keadaan sihat.

"Jika segala-galanya dipermudahkan, mungkin esok mereka sudah boleh dibawa pulang ke rumah," katanya yang turut berkongsi berita gembira kelahiran anak keduanya itu di laman sosial Instagram, beberapa jam lalu.

Klik untuk gambar besar


Tambah Atu, dia sendiri bersedia membantu menguruskan bayi mereka walaupun sudah mendapatkan khidmat bidan terlatih bagi menjaga kedua-dua insan kesayangannya.

"Rasanya, skil saya menjaga bayi masih mantap sebab anak sulung kami baharu mencecah dua tahun. Bagaimanapun, ia perlu diasah lagi untuk menjaga orang berpantang.

"Ketika menyambut kelahiran anak pertama, isteri berpantang sendiri sambil dibantu oleh keluarga. Kali ini, kami dapatkan pakar supaya makan minum isteri lebih terurus mengikut pantang.

"Kata isteri, dengan panduan pakar penjagaan ibu bersalin, lebih mudah untuknya mendapatkan kembali bentuk badan asal. Dia ingin cepat kurus dan lebih bertenaga," tuturnya lagi.



Menerusi akaun Instagram miliknya, Atu bersyukur dengan kurniaan rezeki tersebut dan menganggap ia hadiah hari lahirnya yang cukup bermakna.

Salam semua. Alhamdulilah. Terima kasih sayang @shafeeqajohari. Hadiah hari jadi paling berharga utk b... Selamat ulang tahun untuk b. 1.Sumayyah 9.11.2016 2.????????? 20.4.2019

"Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa mu dan mengurniakan rahmat dan kasih sayangNya pada mu sayang dan semoga syurga firdaus utkmu Amin. #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini #pantangmundurkecualioperasi," tulis di IG.

Pasangan tersebut dihujan ucapan tahniah dan rata-rata mendoakan agar kedua-dua ibu dan bayi berada dalam kedaan sihat dan baik.

Untuk makluman, Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga pereka fesyen pada 8 Februari 2016. Pasangan itu sebelum ini telah dikurniakan anak perempuan bernama Sumayyah yang kini berusia 2 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Atu Zero & Syafeeqa Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: