20 April 2019

ADA PIHAK MAHU MENAJA KAHWIN RM200K - FASHA & AIDIL TOLAK SECARA BAIK


"Ada orang menghubungi suami dan juga keluarga untuk menaja majlis perkahwinan #aidilfasha bernilai RM200,000. Terima kasih banyak-banyak. Tetapi 'mood' untuk (mengadakan) majlis (kahwin) macam sudah habis.





"Lagipun, (kami) rasa malu sebab tajaan itu agak besar nilainya," kata pelakon Fasha Sandha yang mendedahkan ada pihak masih berminat untuk menganjur dan menaja majlis perkahwinannya di ibu kota dengan nilai RM200,000.

Fasha berkata, individu terbabit menghubungi suaminya, pelakon Aidil Aziz, dan keluarganya untuk menaja sebuah lagi majlis perkahwinan di ibu negara, namun dia menolak secara baik.

Bagaimanapun bintang filem 'Badang' itu berkata, seandainya dia dan suami berubah fikiran, mereka pasti akan menghubungi semula individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Pada 30 Mac lalu, Fasha, 35, selamat bergelar isteri kepada Aidil, 31, dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.15 pagi, dalam majlis yang berlangsung di kampung halamannya di Perlis.

Majlis persandingan di sebelah keluarga pengantin perempuan dilangsungkan pada hari sama, manakala acara bertandang pula diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, 6 April lalu.

Ia perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu. Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: