07 April 2019

DIKECAM SAJI TARIAN SEPARUH BOGEL: "HIBURAN... SUKA HATI SAYA LA" - AHYA ROSLI


"Saya tak kisah pun apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu pun sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir. Lagipun suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya dan saya yang keluar duit bukan netizen.





"Bagi saya, mereka yang komen dan kritik tu tak ada kerja, nak ganggu kehidupan orang lain," demikian kata anak kepada pelakon veteran, Normah Namanhuri iaitu Ahya Rosli yang menjelaskan dia tidak kisah dengan kritikan netizen mengenai majlis persandingannya yang menjemput penari separuh bogel.

Ahya, 32, yang merupakan seorang pelakon dan model itu berkata persembahan itu hanya hiburan untuk tetamu yang hadir dan dia berhak melakukan apa sahaja memandangkan ia adalah majlis perkahwinannya.

Ahya diminta mengulas mengenai video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari semasa majlis resepsinya berlangsung. Video yang dimuatnaik oleh kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di InstaStory miliknya, menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan. Dalam pada itu, Ahya memberitahu kebanyakkan netizen yang komen dan kritikan itu menggunakan akaun palsu dan berkemungkinan mereka antara orang terdekatnya.

"Sebenarnya benda ni agak kelakar juga sebab kalau ikutkan tak ada apa isu pun. Tapi netizen yang nak perbesarkan. Kebanyakkan mereka komen tu menggunakan akaun palsu. Mungkin sebenarnya orang terdekat kita yang dengki, guna akaun palsu untuk komen macam tu," ujarnya.

Untuk makluman, Ahya dan pasangannya, Shahirah Sanusi telah diijabkabulkan sebagai suami-isteri pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: