07 April 2019

15 FOTO 'BABY GENDER REVEAL PARTY' - DYNAS BAKAL TIMANG 'BABY BOY'


Pelakon Dynas Mokhtar yang kini sedang hamil anak ketiganya itu bersama suaminya, Shazrik Din telah diraikan dalam sebuah majlis 'Baby Gender Reveal Party' semalam di Carnaval Churrascaria, Petaling Jaya.





Menerusi perkongsian teman rapat Dynas yang hadir pada majlis itu, aktres Sherry Ibrahim itu dijangka bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

"It’s a BOY !! And mummy @dynasmokhtar is looking so glowing 😍 And we all can’t wait for LilP. Love you babe ♥️," tulis Sherry.

Klik untuk gambar besar


Majlis tersebut turut dihadiri oleh teman rapat Dynas antaranya Scha Alyahya, Sazzy Falak, Ning Baizura, Daphne Iking, Yasmin Hani dan Yasmin Yusuff.

Untuk info, Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal. Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.




























www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Dynas Mokthar, Sherry Ibrahim, Sazzy Falak, Farahdhiya, Julia Ziegler, Scha Alyahya, Yasmin Yusuff & @carnavalchurrascaria


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: