Baru-baru ini hangat diperkatakan selepas viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang oleh seorang artis lelaki yang pernah menjadi anggota sebuah kumpulan lawak, bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan ketika sedang bertugas mengawal kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam Sabtu lalu, pengawal tersebut yang merupakan seorang warga emas berusia 68 tahun itu cedera selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan turut ditendang.
Difahamkan, artis lelaki berusia 49 tahun yang berasal dari Kedah itu memandu Proton Perdana berwarna hitam dan dilaporkan memasuki pagar pengawal keselamatan kawasan kediaman berkenaan tanpa kebenaran.
Menerusi laporan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, susulan itu pengawal keselamatan kemudian bertindak menutup palang laluan keluar pos keselamatan dan mengejar kenderaan yang dipandu artis lelaki berkenaan.
"Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang.
Klik untuk gambar besar

"Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran," katanya.
Tambahnya, tidak lama selepas itu, artis itu menumbuk muka pengawal keselamatan terbabit sebanyak tiga kali hingga menyebabkan mangsa lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung.
"Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan selain mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu, namun dapat dielaknya.
"Selain itu, pengawal dalam laporannya pagi tadi, turut mendakwa artis berkenaan meminta dia berjaga-jaga kerana hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan bukannya polis," jelasnya.

Marzukee berkata pada masa ini artis berkenaan belum lagi ditahan, namun siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat saksi yang berada di tempat kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.
Walaupun laporan media tempatan tidak mendedahkan dan menyebut nama artis lelaki yang terlibat, netizen mula membuat andaian sendiri.
Menerusi pemerhatian, warganet telah mula 'menyerang' akaun Instagram milik pelawak Lan Pet Pet yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan lawak Senario yang mula popular sekitar tahun 90-an.



ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber, foto & video: Astro Gempak, Berita Harian & Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment