08 April 2019

8 FOTO PERTUNANGAN - SYAFIE NASWIP & AISHAH AZMAN NIKAH TAHUN INI


Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman yang kini sudah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu dalam yang diiringi dengan lagu-lagu cinta yang cukup indah, berlangsung penuh romantis di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur, selepas lebih setahun bercinta.





Dihadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat, lima dulang tanda pertunangan pihak lelaki dibalas dengan lima dulang pihak perempuan.

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis itu adalah Amelia Henderson, Jasmine Suraya Chin, Sweet Qismina, Syazuan Hassan, Aedy Ashraf, Adam Lee dan Fimie Don.

Pada majlis yang berkonsepkan majlis dalam taman itu, ibu Syafie, Noorsiah Ahmad menyarung cincin pertunangan di jari manis Aishah yang tampak anggun mengenakan busana biru muda rekaan Zamrimatouch, disaksikan oleh para hadirin.

Klik untuk gambar besar


Aishah berkata, dia terpikat dengan Syafie selepas melihat tunangnya itu memiliki sifat penyayang dan menghargai insan di sekeliling.

"Bukanlah seperti cinta pandang pertama. Sebaliknya, saya lihat cara Syafie melayan insan di sekeliling... Dia sangat menghormati orang lain. Selain itu, Syafie juga penyabar dan pandai mengambil hati orang.

"Majlis pertunangan ini dirancang dalam masa yang cukup singkat. Tiga bulan sahaja. Memang kami mahu bertunang, tetapi majlis dipercepatkan atas permintaan ibu Syafie," kata Aishah.



Ditanya sama ada dia tidak berasa terlalu muda dan mungkin belum bersedia untuk bertunang dalam usia 23 tahun, Aishah tersenyum.

"Kalau nak tunggu bersedia, sampai bila-bilapun jawapannya belum bersedia. Aishah teruja ingin menjadi seorang isteri, mengubah diri menjadi lebih baik," jawapnya.

Ujar Aishah lagi, dia juga mendapat banyak nasihat daripada ibunya tentang tanggungjawab bila menjadi seorang isteri nanti. Malah rakan-rakan yang sudah berkahwin juga menjadi tempat rujukannya.



Menurut Syafie pula, dia sangat selesa dengan Aishah. Bermula dengan perkenalan biasa sejak tahun 2015 sehinggalah menjadi serius dalam tempoh setahun lalu, mereka saling melengkapi.

"Saya dan Aishah belajar daripada kelebihan masing-masing. Malah gerak hati saya mengatakan dialah orangnya. Cara Aishah melayani orang sekeliling buat saya selesa, kemampuan dia berdikari buat saya selesa dan cara dia menghormati keluarga saya juga buat saya selesa," tutur Syafie sambil tersenyum.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, kedua-duanya mengakui masih dalam perancangan tetapi akan berlangsung pada tahun ini juga.

"Tak mahu lama-lama bertunang. Orang kata banyak dugaan tempoh bertunang ni, jadi biarlah tak terlalu lama. Keluarga kami bagaimanapun belum memilih tarikh nikah berikutan masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan. Kami akan berkahwin tahun ini, cuma tarikh belum ditetapkan," tambah Syafie lagi.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: